Thursday, 17 April 2014

Throwback Engagement Day 2012

Salam and hi readers!

Ya Allah kenapa lah tetiba hasnida buang tebiat update blog yang dah lama gilaa tak bukak ni?? Haha. Dah 2014 dah pun tapi nak throwback 2012 apacittaaa?? Hehe sebenarnya saje je nak tempelkan gambar masa tunang kat sini. Dah beranak satu baru nak letak gambar tunang. Whatever lah, blog I, I punya sukeee. Hiks.

22 April 2012, tarikh terikatnya satu perjanjian antara dua jiwa yang berjanji ingin sehidup semati. Cewah! Hehe. Kalau teringat balik zaman jadi tunangan orang dulu rasa diri sendiri sangat manis *perasan*. Hubungan dengan tunang pun rasa better lagilah berbanding masa couple. Kurang gaduh, tu yang penting. Haha. Nak kata banyak dugaan tu takdelah sangat. Cuma masa lagi berapa bulan nak kahwin tu boleh pulak accident yang I cerita dalam previous entry. To conclude, sepanjang tempoh bertunang I rasa sweet je memanjang bila tengok dua cincin dijari tanda dah dilamar oleh insan yang dicintai. Hikhik gedik! Okay meh lah kita throwback sikit;






                                                  Sebelum cincin di sarung...


                                              Introducing my husband to be....


                                            Mak-mak sedara belah abah...


Alhamdulillah selamat bertunang dengan si dia :)




                                                    My lovely sisters.  :)


My girlfriend geeejot :p






Family tunang dari Kelantan :)



Next entry nanti nikah and sanding pula.. wiwiwi


Okay then thanks for reading :)


Thursday, 21 March 2013

I'm Back

Assalamualaikum and hi readers.


Dah nak masuk 5 bulan tak update blog, last entry pun September 2012. Cepatnya rasa masa berlalu. Kononnya nak buat blog bride2be lah sangat, sekali haram langsung takde update. hihi. Rasanya blog ni memang takde orang baca pun, just buat untuk sendiri2, nanti nak bagi anak baca je. Boleh tak macam tu? haha whatever lah kan. Yang penting i punya blog, so i punya suka. Peace!

So, pejam celik pejam celik i dah pun selamat mendirikan rumah tangga. Dah sebulan lebih sikit lah. hehe tak sangka sebenarnya bila dah kahwin ni, rasa macam mimpi je i dah jadi wife orang. 3 tahun dulu penah tulis dalam diary yang i tak rasa pun i akan kahwin dengan my husband sekarang. Idk why, tapi rasa banyak sangat dugaan masa bercinta dulu. Orang kata masa bertunang kan banyak dugaan, tapi i tak, masa 10 bulan tempoh bertunang alhamdulillah rasa bahagia je, then kurang gaduh, merajuk tu confirm lah tak boleh lari kan. hehe.

Semua my friend and relatives tahu yang i ni kahwin masa tak habis study lagi. Final year, tengah intern. So ada lah bunyi2 yang allergic sangat bagi i, "nida tak kerja lagi dah nak kahwin dah", "kenapa nak kahwin awal sangat?". Hey, suka hati i lah, i kahwin pun bukan guna duit uolls, guna my parents and duit i jugak. Since my abah dah setuju nak sekalikan kenduri i dengan my kak long, so alhamdulillah sangat. Masa abah cakap macam tu, speechless sangat :')

Then lepas kahwin pun ada jugak bunyi, "tak menyesal ke kahwin awal?". Macam-macam kan? Takpelah, yang penting i buat benda baik, my husband and i dah dirikan masjid dan fitnah avoided. heheh. Masa i nak kahwin pun one of my lecturer cakap, "buat apa kahwin awal, kerja dulu, nanti you ada anak confirm you taknak kerja dah". Haha takpe-takpe, i dah selamat kahwin dah Mr. N. Apa-apa pun my parents happy dapat dua orang menantu lelaki sekali gus.

Back then, masa i dalam tempoh pertunangan and lagi sebulan before getting married, i accident kereta. Malang tak berbau kan, i seriusly tak sangka benda tu jadi. Betul lah kata orang kan, tengah darah manis, i should be more careful. Alhamdulillah my friends and i takde apa-apa, just minor injury lebam-lebam satu badan. I takut sangat sebab masa tu i yang drive. Nasib baik semua okay and takde kematian, kalau tak i trauma kot. Huhuu. Then my car tersadai lah kat workshop for about two months. Lama jugak lah i sengsara takde kereta. Haha susah nak gerak ke mana-mana. Tapi alhamdulillah lepas je final exam, kereta dah siap. Everything okayy, semuanya ada hikmah kan. Dari situ i dapat tahu ramai kawan-kawan yang concern, tanya pasal kiteorang yang accident ni, sebab kalau tengok keadaan kereta macam parah je penumpang dalamnya. Pheww. Marilah kita sama-sama saksikan kejadian tersebut *ayat buku teks sangats*




                                                              Ouchhh..Sorry tiara.


                                          Tempat kejadian, simpang Fasa 2 Puncak Alam




Kesian kereta tiara tu. Siapa suruh keluar simpang tak tengok kiri kanan. wuwu



Before and after :)


Itulah al-kisahnya. Lepas accident ni, kereta buat perangai jugak bunyi sana sini. Takpelah, guna dulu selagi boleh jalan. hehe. Nanti-nantilah baru tukar. Utamakan yang penting dulu. hiks :)

Okay lah, till then, thanks for reading nanti i update gambar-gambar sekitar wedding for next entry.

See you bye :)




Tuesday, 11 September 2012

RANIA on Bella NTV7

Assalamualaikum and hi readers!


       Waaah lamanya i tak update blog. Nak kata busy tak jugak. Hari ni first day class utk sem baru dah. Macam tak sangka pulak, sebab dah lama cuti kan. hihi. Sebenarnya nak update entry pasal modelling job masa bulan puasa aritu. Waah cite basi ni nida.. Hihi malas gileeew nak update blog lah, so sekarang baru terasa nak share gmba2 masa shooting tu. Masa tu i saja je suke2 apply for casting, sebab RANIA Clothing nak cari models for Bella talk show kat NTV7, so tak sangka i terpilih pulak. hihi. So mari2 tgk gamba ye kawan2..






















Models yang terpilih including me, yang kiri sekali :)




























Hey it's me in turban! First time try, rasa bulat sgt muke :(




























Dalam changing room. Hihi:)



























Alin, Yasmin (designer of Rania), me ~























With Safi who helped us a lot during the show and Bella host, Deborah Henry :)








The models with the designer and the co-founder of Rania Clothing :)







Okay the models dah ready nak balik!



Okay thats all untuk entry ni, lately ni malas sangat nak update blog. Rasa mcm nak makan buah rambutan je. *tetiba* Thanks for reading! Nite guyss.. ^_^

Monday, 9 July 2012

It's Over

Assalamualaikum and hi readers!


Morning moning moning!   Nak announce yang kelmarin hari sabtu, last payyperrr for my final exam! Yeahhh maksudnya sem 6 is over yaww!! Kemain happy lagi kan? hihi mestilah, hanya kteorang se class je yang tahu betapa suffering nya sem 6 ni. huhu. Tapi pejam celik pejam celik rasa cepat je masa berlalu. Macam tak sangka je dah habis. Tapi the sad thing is, kiteorang ada esaimen masa cuti ni. Errgghhh ini betul2 menguji kesabaran, tak sempat nak merasa cuti lagi otak dah dibebankan dgn esaimen baru. :(

Tapi its okay its alright, tahun ni dapat puasa sebulan dekat rumah, n lepas raya bru masuk sem 7. Hihihi rindunya bulan Ramadhan. Semoga bulan Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang dulu and hopefully dpt puasa penuh. haha tu impossible lah kan, dah nama pun perempuan -_-


Tak best lah entry ni takde gamba, meh tgk gamba raya tahun lepas lah. hihi enjoy..





























Kangah, kalong, ekda . my kakak2 ni panggil i ekda, dari kecik lagi, short name from 'adik nida'. haha




Hanani selalu tekejut bila amek gamba. hihi

Tgk lah hanani tu! ternganga lagik~






Neighborhood kids























First raya kat KL, then second day bru heading to JB.






















Panas sgt danga bay, i end up ttup mata -_-























Bunga-bunga apiiii ... hehe



Hehe belum puasa lagi, dah ingat nak raya kan? Okay i nak balik ampang dulu ni, barang2 da simpan dlm kete tapi sempat lagi nak update blog pulak. hewhew till then, babai and take care people!


p/s ; happy holiday classmates HS223 :)





Friday, 29 June 2012

Walk more sleep less.

Assalamualaikum and hi readers!


Morning morning morning...

Motivation for myself today, " I should walk more and sleep less" .Takpun, walk more eat less. Okay both pun i kena practise sebenarnya since badan rasa berat, lemau, apa lagi.. hmm gemok. kot?  Hewhew, looks like dah lama gila tak exercise. Since when eh? Rasanya sem lepas last buat aerobic. Hoii gila lama tak work out!  T_T


























Brisk walking. 


Okay jap lagi nak beli makanan i rasa i kena jalan lah, takpayah drive. Tapi macam jauh je kedai ngan rumah. Nanti balik badan peluh-peluh. Uhuk uhuk uhuk! amboi berapa banyak alasan lagi nak bagi ni?? hehehe




























Moment exercise dengan classmates masa stay kat kolej. hihi last 2 years.



Entah bila lah nak exercise, treadmill kat rumah tu buat hiasan je, abah yg selalu guna, yg anak dia ni? haremmm. hehe! Okay then, i should stop now. Nak sambung study, esok ada paper. Wish me luck ye. Okay babai! Thanks for reading :)


p/s : Previous entry rindu-rindu kat si dia kan, dia dah balik sini dah pun. Padan muka dia kena belanja makan sebab call n sms tak reply. haha serves u right!






















Ooooppss! hehe :p